Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa.

Hari ni adalah hari last utk minum pagi dan mkn tengahari serta minum petang. esok, tiada lagi...dan juga hari2 seterusnya...sehingga syawal tiba (bukan kawan bernama syawal, tp bulan syawal). esok, seluruh umat Islam akan memulakan ibadah puasa. bg yg saje2 tanak puasa, rasalah azab dlm api neraka (cey..cey...konon2 nak bg org takut).

Bila hari2 last seblum puasa ni, aku selalu teringat trick uwan aku dulu2 time nak suruh mkn tghari. Selalunya seblum puasa, kitorang adik beradik dah ada kat kampung sbb time tu cuti sekolah. kalo dok kampung ni, biasalah, main sampai tak cukup tanah. habis merata ceruk kampung kitorang rayau. kena time mkn, kedengaranlah suara mak sama uwan aku berselang seli panggil kitorang balik mkn. jawapan yg biasa kitorang bg, "jap lagi la mkn..".

Org tua2 ni biasalah. time mkn, biar mkn sekali. mkn sama2. so uwan aku menggunakan trick yg biasa digunakan saban tahun, tatkala menjelang puasa. uwan aku ckp, "..hari ni last ekau nak mkn siang..esok2 dah poso. baik balik mkn copek...kang kot *menyosa.."

Bila dgr uwan aku ckp mcmtu, kitorang berlari-lari anak sambil berlumba lari nak balik mkn tghari. entah kenapa aku rasa rugi sgt kalo tak mkn puas2 seblum puasa. padahal, time buka puasa melantak mcm tak mkn seminggu. yg peliknya, hampir setiap tahun aku tak dpt nak elak drpd termakan trick uwan aku ni. tiap2 tahun mesti trick ni jugak yg dia pakai...

Tp skang ni tak lagi... setiap kali menjelang ramadhan, aku mesti busy dgn kerja2 menyambut ramadhan. kait kelapa la...mesin kelapa la..jaga lemang la...

"..pandai2 kau la budak2 oi..masing2 dah bosa.." mungkin mcm tu la kata hati uwan aku menjelang puasa skang ni. tp trick tu still lagi digunapakai oleh uwan aku utk adik2 sepupu aku yg baru2 nak belajar puasa penuh tu...



*menyosa = menyesal

Friday, August 14, 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah... semoga rohnya di tempatkan di kalangan org yg soleh...

Semalam, aku dah kehilangan seorang kawan yg aku rase sgt cool time blaja dulu. Mohd Azyzeer Rahim @ Gg. rumet aku yg mula2 aku masuk MMU dlu. sgt selamber. mula2 register, rambut dah panjang lepas bahu. awek2 pun jeles tgk rambut dia. aku, menyesal plak potong rambut seblum nak masuk mmu dlu. kalo aku tau, aku dah simpan rambut sampai tumit dah.

Bnyk kenangan aku ngan Gg time blaja dlu. aku ingt lagi time mula2 blaja nak lepak kl. naik bas dari central market nak pegi bkt bintang. ape jadah bayar tambang 30sen bleh sampai selayang?? rupanya bas tu dr bkt bintang nak ke selayang. cilakak. kene tambah lagi rm2.60.

Aku ingt lagi time aku outstation kat kuching thn lepas. malam2, mamat ni la rajin pick up aku kat hotel, then bawak lepak kat area kuching. bnyk ajar aku jln2 kat kuching tu dan tak lupa juga menunjukkan rumah awek2 yg berpotensi utk di 'tackle'. tp time tu aku tak fasih lagi cakap sarawak, so niat tu terpaksa aku tangguhkan dulu.

Last aku jumpa mamat ni, hujung thn lepas. masa tu dia ada seminar kat PD. dia mintak tolong aku hantar dia ke tempat seminar tu.

Dan semalam, aku dpt sms yg dia dah pergi meninggalkan kita semua setelah beberapa minggu paralyse akibat stroke, simptom drpd brain tumor yg dia hidapi.

AL_FATIHAH

Friday, August 7, 2009

Mohd Camarol Zambarbee

Dah lame rasenye tak update blog ni...takdo idea. tp kali ni aku nak kongsi hobi terbaru aku..

Semenjak dua menjak ni, aku dah terase obses plak dgn mainan2 transformers ni. kalo dulu2, aku minat kartun dia je. mungkin gak sbb hasbro dah ade kemajuan dari segi design utk mainan2 tu. kalo dulu, tak selera langsung aku nak kumpul mainan transformers ni. dlm tv nampak cun je...tp mainan mcm gampang. mcm kotak2 yg ada tangan dgn kepala. aku kecik2 dulu pun penah buat robot pakai kotak mancis je. lagi cun dari hasbro. robot tu bleh transform jd kotak mancis je...

Antara kemajuan aku dlm bidang pengumpulan artifak transformers ni adalah, aku dah berjaya meng'custom-painted'kan figura transformers aku. utk permulaan, aku sedekahkan gambar2 bumblebee custom painted aku...


Friday, July 24, 2009

Police & MJ

Tadi... aku baru lepas baca satu artikel dr harian metro. artikel tu bertajuk "michael mati kerana doktor tertidur"(bleh baca kat sini). kisah mak MJ tuduh doktor tu yg saje2 nak bunuh MJ. ntah iye ntah tidak. kat situ dilampirkan sekali gambarajah abg2 polis tgh menyiasat. tp, aku musykil sket la dgn gambar tu. salah fotografer timing tak betul, ataupun salah abg2 polis tak pandai nak pose...tak gaya macam tgh menyiasat langsung...siap dgn caption; CARI BUKTI... anggota keselamatan di depan pejabat Dr Murray di Houston, Texas, semalam.

Mari kita ikuti sedutan ini bersama-sama..


CARI BUKTI??... camni ke gaya cari bukti kat depan pejabat Dr Murray di Houston, Texas, semalam??

Wednesday, July 22, 2009

Nangoi

Dulu.. time kecik2, aku suke balik kampung umah uwan ngan atok aku. kat sana best. macam2 bleh jumpe. ape benda yg takde kat pekan PD tu, sume bleh jumpa kat sana...

Ade satu hari tu.. dek tak reti nak dok diam, aku dgn sepupu aku bersama-sama 2 org lagi budak kampung tu, telah merayau-rayau sehingga keluar dari kawasan yg dibenarkan (time ni, mak ayah aku suka letak 'border' utk 'playground' aku). tengah syok main sebat2 belakang, member aku jerit dr jauh..

"woi, aku jumpe hamster la!", jerit si.... (mm..lupe plak name die)

Ketika itu, aku agak kagum dgn kawan aku tu. maklumlah, kecik2 dah kenal hamster. duduk kampung plak tu. aku yg duduk PD pun tak kenal hamster tu mcm mane...

Kitorang ramai2 keruman dia dgn wajah yg penuh keterujaan. aku sedikit confuse. tak pasti menatang tu betul2 hamster atau pun tak.. tp dia ckp mmg hamster rupa mcm tu..dia penah tgk kat tv katanya. aku iya kan saja. menatang tu berwarna kecoklat-coklatan, sedikit kemerahan dan berbelang-belang. comel jugak la. tp aku tak pegang langsung menatang tu. bukan takut, tp segan...mane la tau menatang tu betina ke... bkan muhrim woo...

Mamat tu letak hamster td dlm baju batman dia. kitorang escort je dia. mcm otai plak lagaknya..
On the way balik tu, kitorang dah siap plan utk gilir2 membela hamster tersebut. aku ok kan saje.
Sampai je kat umah, dgn penuh keterujaan dan kegembiraan, kitorang tunjuk menatang tu kat atok aku. tiba2 atok aku menjerit...

"woi!!! ekau lopeh an balik bondo tu. anak babi yg kau bawak balik! takdo menatang lain ko nak bolo??!!!" ...punya la marah org tua tu..

Seraya dgn itu, 'hamster' tersebut melompat dan terus mencicit melarikan diri. tak tau la apa sebabnya. barangkali terkejut mendengar pekikan atok aku yg seakan guruh tu..ataupun lari menyelamatkan diri sebab identiti sebenar beliau telah diketahui umum.

Ptg tu, first time aku kene mandi air tanah sebab nak samak satu badan. walaupun aku sedaya upaya meyakinkan atok aku bahwa aku tak pegang langsung 'hamster' tu...

Patut la aku rase segan semacam nak pegang menatang tu... choy!!!



Cakcibor - masa mula2 jumpa, aku dah terpikir menatang tu adalah anak pelanduk. tp malas nak argue ngan budak kampung yg kelihatan lebih otai. cuba lihat gambarajah di bawah... comel bukan?

Thursday, July 9, 2009

Tak Selamat!!

* Baru jap tadi... aku keluar nak gi bli karipap. aku dah terperasan satu ancaman hebat kat warga opis aku ni - sebuah chevrolet optra sedan berlogo 'decepticon'. mungkin 'decepticon' mau model yg dpt menyaingi 'bumblebee', sbb tu diorang guna optra ni...

Mmg aku rase tak selamat sgt skang ni. harap2 'bumblebee' dpt menyelesaikan masalah ini...

Sekian,
Jejaka kerisauan



*- sila baca dengan intonasi suspen/panik.

Selamat

Semenjak dua menjak ni, aku terasa bandaraya kolumpo ni makin selamat. bkan sebab polis makin ramai (korang takkan perasan pun kalo polis kat mesia ni bertambah), atau jenayah makin kurang, tp disebabkan bertambah populasi makhluk yg kita tak sangka selama ni ia berada di sekeliling kita.

Pagi tadi... on da way nak ke opis, aku perasan sesuatu - kenderaan2 yg berlogo 'autobots' makin bnyk berbanding kenderaan yg berlogo 'decepticon'. tiba2 time tu aku tersenyum sendirian. mmg aku puas hati. aku rasa selamat sgt2 skang ni sbb populasi 'autobots' makin bnyk berbanding 'decepticon' yg jahat itu. seblum ni aku agak risau, kerna di area umah aku, ada sebuah treler panjang yg sudah mengaggotai 'decepticon'. tp sejak bertambah populasi 'autobots' aku tidak gusar dan tak kencing malam lagi. terima kasih 'sabut pillow' (diiringi senyuman hingga ke telinga). stakat myvi 'autobots' 10 biji, pasti dpt menumbangkan treler 'decepticon' yg sebiji itu...

Tuesday, July 7, 2009

Anu Dalam Botol

Baru je tadi... aku terperasan status ym kawan aku; HANJING DALAM BOTOL.

Ade beberapa kemungkinan dlm kepala aku ni...

a) mungkin dia nak ikut jejak langkah raja azmi yg terbit filem anu dlm botol tu??

b) mungkin dia tak puas hati sbb tak berjaya nak masukkan anunya ke dlm botol, lalu menyumpah dgn menggunakan perkataan 'hanjing'??

c) mungkin dia tak puas hati atau tgh bengang dgn seekor anjing, lalu memasukkan anjing tersebut ke dlm botol??

d) semua yg di atas.

Transformers




Dari gambarajah bangang di atas, dpt aku gambarkan beberapa situasi bangang...

1. Bayangkan si bangang di atas berdiri berlatar belakangkan bandaraya kuala lumpur; pasti aku akan rasa lebih selamat kerana abg optimespraim yg bangang itu bersedia menjaga ibu kota negara kita.

2. Bayangkan berapa bangang brader yg sanggup menjadi model menyarung sut bangang tersebut; aku rase brader tu mesti dpt bayaran yg lumayan... lagi pun muka tak nampak. nampak mata yg konon2 garang tu (jika di zoom 300x), padahal mata tu mcm sedih sebab diperbangangkan sedemikian.

3. Bayangkan rakan sedarjah anda memberitahu bahwasanya dia akan menempah sut berkenaan sbg baju raya thn ini; aku rase rakan anda itu 10x lagi bangang dari brader di atas. (dan lebih bangang jika baju itu ditempah kat den wahab... dan berkali-kali bangang kalo den wahab masih lagi nak ambik tempahan bangang tersebut)

4. Bayangkan brader tersebut ada anak, dan anak beliau sebangang beliau; aku rase mcm malas nak komen dah... ape2 hal, tgk kat sini --> ANAK BELIAU


cakcibor - anda cuba klik gambarajah tersebut, cuba tutup mata kiri brader itu (mata brader itu ok, bukan mata anda!) dan lihat betapa ganasnya brader itu. kemudian, cuba tutup mata kanan brader itu (kanan shj, bkan kedua-duanya. yg belah kiri tu dah bleh buka la!). tenung matanya dlm2...dan lihat betapa sedih dan pasrahnya beliau...

Monday, June 29, 2009

Go Go...Wonderpets!!!

Dua tiga hari kebelakangan ini... Koni, aku kenakan perintah berkurung atas sbb beberapa kesalahan yg telah beliau lakukan. Beliau telah aku kurung dgn penuh kasih sayang di dlm sebuah sangkar yg pasti beliau anggap seperti "rumahku, syurgaku"...

Pagi tadi... "Kring...kring..". telefon berbunyi dgn irama telefon klasik.

"Ntah mane hantu la yg dah ejas ringtone aku ni..", getus aku sendirian.

Aku lantas mencapai hp aku. tapi takde sebarang 'misscall' pun. aku sedikit hairan. lalu aku abaikan kehairanan itu kerana pasti akan jadi lebih hairan jika aku lewat ke pejabat pada hari isnin.

Sebelum melangkah keluar dari rumah, aku jenguk sebentar ke belakang utk 'say bye' ke koni.

Koni tiada dlm sangkar; so called 'syurga'nya...

Tapi aku tidak hairan. pasti koni telah keluar pergi menyelamatkan haiwan yg dlm kesusahan dgn menaiki bot terbang beliau. dan dapat aku kaitkan bahawa bunyi deringan tadi datangnya dari telefon koni, yg dipanggil oleh haiwan yg ingin mendapatkan khidmatnya.

Aku tersenyum sendirian... "..aku bangga sama kao, koni..", umpat hati aku.

Aku berjalan dgn sedikit bangga, sambil bersiul-siul lagu tema Wonderpets di dlm lif, dgn diperhatikan oleh anak2 gadis sunti yg seperti tidak jadi mahu mengorat aku.

Thursday, June 18, 2009

Go.....wonderpets!!!

Pagi tadi... dlm kepisatan baru bgn tidur, aku melangkah ke dapur mencari secangkir air. dahaga... bagai dahagakan kasih sayang layaknya. dlm menyusun langkah, aku terpijak sesuatu yg keras2 lembut....dlm kelembutan ada kekerasan (selepas ini, sila bayangkan waktu bergerak perlahan). benda keras2 lembut itu mengeluarkan suara. ya...itulah Koni, kucing aku.. aku telah tidak tersengaja memijak rangkaian ekor beliau. marah sgt beliau terhadap aku. ketika ini aku lihat koni membuat pergerakan formasi berbentuk '8' dgn kelajuan 3x lebih pantas dari biasa (sakit sgt gamaknya..)

Usai saja dgn kerenahnya yg tak berapa nak senonoh itu, aku mempelawa beliau mandi bersama. beliau mengangguk malu. amat tidak cantik apabila beliau merenjiskan sedikit kencing tatkala air paip membasahi batang tubuhnya (sejuk amat gamaknya..). aku tetap bersabar. aku berjanji dgn beliau agar merahsiakan perkara tadi. ya...aku janji. setelah habis bersiram, kami pun keluar dari bilik yg basah itu kerana tidak sanggup di tangkap basah.

Aku keringkan badan beliau menggunakan towel wonderpets kesukaan beliau. seronok amat beliau diperlakukan begitu. Setelah kering, aku pupukkan sedikit bedak agar beliau wangi dan boleh pergi mengorat dgn konfiden awek2 di blakang blok 5 ujung sana. kembang kempis lubang hidung beliau pabila disaluti aroma lavender yg segar dari ladang. habis bergayalah beliau.

Setelah digayakan dgn beberapa aksesori bling2 di leher, aku mencapai sehelai tuala kecil, lantas diikatkan ke blakang badan beliau. terkebil-kebil beliau melihat aku tanpa tahu apakah tujuanku.

Aku letakkan beliau. aku capai vcd wonderpets kegemaran anak2 buah aku. aku mainkan vcd tersebut. dgn volume yg agak2 boleh memberanakkan gegendang telinga jiran sebelah, aku memainkan lagu tema wonderpets..

"Koni, mari ikut nyanyi bersama!", seru aku kepada beliau.

Aku gerak-gerakkan kaki tangan beliau mengikut rentak lagu tema vcd tersebut. dgn tuala kecil tadi berperanan sebagai mantel, aku lihat beliau persis salah satu watak dlm rancangan tersebut. malah lebih hebat dgn aksesori bling2 di leher dan haruman lavender. aku syak benar beliau pasti terpilih jika menyertai ujibakat mecari watak tambahan bg rancangan tersebut. dlm pada itu, aku perasan perubahan pada riak wajah beliau.. renungan beliau makin tajam...dan makin tajam..

ya...sudah pastinya aku mendapat gigitan sayang dari beliau..

"terima kasih koni", tegur aku kepada beliau.

Gigitan itu juga membuatkan aku sedar, bahwasanya aku telah terlewat ke pejabat (selepas ini, sila bayangkan waktu bergerak 15x lebih pantas dari biasa). aku mencapai apa yg patut. mandi. bersiap. dan tak lupa juga, aku 'ejas' semula jam henpon sama jam kereta aku bg memudahkan aku menyalahkan jam2 itu sekali lagi...

Wednesday, June 17, 2009

TAG!!!

Alaaaa.....ape ni main tag2 org plak...
hmm....aku di 'tag'...letih la main tag2 ni..
...lalu mula menjawab dgn malas...


1. Kekasih saya adalah :
- kekasih saya la.....takkan kekasih anda plak!

2. Saya sedang mendengar :
- akak meja seblah ni bergosip pasal artis mane ntah..

3. Mungkin saya patut:
- keluar dr opis ni..dan balik tidur saja..

4. Saya baru sudah :
- selesai jawab soalan no3 :D

5. Beza rakan, sahabat, kawan :
- rakan; bila kat sekolah, sahabat; nun jauh di sana, kawan; bila kat rumah je..

6. Saya tidak faham :
- kenapa saya perlu membezakan antara rakan, sahabat dan kawan walhal menatangnya adalah sama???

7. Saya perlu mencari:
- idea utk jawab soalan ni...

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya :
- "ada masalah?" huhu...seram..

9. Makna kehidupan :
- tak sama dgn makna kematian

10. Cinta itu adalah:
- err...mmm.... eleh, soalan ni saje nak wat aku malu2 kucing plak :">

11. Saya paling suka :
- jawab soalan ni...wwiiiiii..!!!

12. Saya akan cuba :
- menjawab soalan ni dan soalan2 yg seterusnya...

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka :
- sebab mereka rakyat Malaysia LAH..

14. Telefon bimbit saya :
- kat dlm poket saya skang ni...

15. Katil saya :
- ada kat umah...esok2 saya post gambar katil saya tau...

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya :
- soalan yg macam ni la....lagi mau tanya..huh!

17. Teknologi adalah :
- aaa........ blur....... *tak penah amik subjek teknologi..kalo biologi bleh la skit2..

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak :
- hari2 masak masakan yg saya paling pandai masak..

19. Semalam :
- dah baca soalan2 ni kat blog kawan2..

20. Hari ini :
- baru dpt jawab setelah semalaman memikirkan jawapan selepas mengkaji jawapan kawan2..

21. Malam ini saya akan :
- tido ketika kerja mlm ini...

22. Esok pula saya akan :
- pulang dari kerja dgn mata merah dan muka sembab..sbb tido berbantalkan papan meja..

23. Saya betul2 inginkan :
- soalan ini berhenti setakat ini saja...tp apakan daya, ada lagi soalan seterusnya..

24. Badminton atau futsal :
- saya yakin dgn jawapan saya, aznil.....saya pilih 'atau'.....bleh kerr??

25. Karaoke :
- jom la!! kat ne?? bile?? set time anda..

26. Kereta :
- baru!!

27. Bilik yang terang atau gelap :
- bilik yg kejap terang, kejap gelap...liplap2..baru mcm disko..

28. Makanan jepun adalah :
- makanan jepun lah....takkan jadi makanan zimbabwe plak!

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang :
- jom balik!

30. Siapa yang anda tag:
- sape yg rajin....aku dah malas dah nak jawab...

Thursday, June 11, 2009

Gayour dan Selamanya II

Baru jap tadi... aku usha2 blog brader gayour. aku usha2 kot2 dia dah balas komen aku hari tu.. mmg tak syak lagi, dia dah berjaya membalas komen aku.
dlm komen aku tu, aku tanya kat dia, samada dia kenal dgn pakcik aku. pakcik aku penah cakap, dia kenal sama brader rambut kembang yg glemer tu. mmg dgn tulus ikhlas, brader gayour mengaku yg dia penah kenal dgn pakcik aku...pakcik aku penah datang jumpa dia. dan inilah petikan kata2 dari beliau...

"..dulu dio ponah datang jumpo den bawak kartun eh. macam hampeh katun yang dio lukih. habih den reject!
pakcik dwan ekau tu buek apo skang aa? harap ekau dan pakcik ekau bahagio.." - gayour

Hahaha..hampeh! rupa2nya pakcik aku telah merahsiakan peristiwa pahit tersebut dari pengetahuan aku. sejak kecil aku asyik ingat dia kawan dgn brader gayour tu....rupanya ada cita2 nak jadi kartunis, tp artwork kena reject. hampeh boto..!! den tunggu yo maso nak kutuk org tuo tu lopeh ni..hahah!



cakcibor - sempat juga dia mendoakan kebahagian kami berdua...amin.

Tuesday, June 9, 2009

Gayour dan Selamanya

Baru jap tadi... aku melawat-lawat blog org. dlm lawatan tersebut, mata aku terpana kat satu nama yg cukup aku kagum suatu ketika dulu..GAYOUR. brader gayour ni mmg jadi idola aku dlm seni melukis suatu ketika dulu. walaupun brader ni tak berapa nak hensem dgn rambut kembang budget mcm slash tu, tp karya2 beliau tetap cool. lukis balak nak hensem je. lukis awek plak cun tak hengat. aku suka karya berliau. aku sempat menitipkan komen utk beliau dlm loghat bahasa ibunda kami...

Usai membuat komen, tiba2 aku terasa seakan ada makhluk halus meresapi tubuh aku. bulu roma aku tegak berdiri seperti menghormati lagu Negaraku. kedengaran bunyi sayup2 dari luar jendela...ooouuuuuuuu...~ angin yg sedari tadi berhembus perlahan mula bergerak pantas menghempas ke segenap dinding. paangggg!!! kedengaran seperti seseorang kena lempang. buuukk!!! kedengaran seperti seseorang kene tumbuk pula. aku memberanikan diri menjenguk ke luar jendela. tiada apa yg berlaku. aku mengabaikan saja perasaan itu. keadaan menjadi seperti sedia kala...

*************************

Apa yg aku rasa sebenarnya adalah... aku rasa tiba2 je mcm nak bercakap dlm loghat n9 selepas mengomen kat blog gayour tadi. rasa tak puas mengomen dlm loghat n9. rasa seperti ingin mencarut dlm loghat n9 pun ada juga...

Membaca blog gayour membuatkan perasaan aku membuak-buak utk kembali aktif dlm seni melukis seperti peserta2 rancangan Zon Aktif. tp nak melukis, kertas pun takde. pen hitam pun takde. adalah tidak berapa nak cool melukis dgn pen biru. ibarat menconteng buku sekolah. ibarat menconteng arang ke muka cikgu.

Akhirnya, aku akur...hanya menulis blog bagi melampiaskan nafsu...

Sekian, terima kasih.

Monday, June 8, 2009

R.O.C.K

Semalam.. seblum aku gerak dari kampung, uwan aku sempat berpesan kat aku...

"On the way kang, jgn la asik nak layan rock ajo..bawak2 la dongar org ngaji ko..yassin ko..."

Dengan penuh tertib dan sopan, sambil duduk bersimpuh ala anak dara sunti, aku membangkang pesan uwan aku tu seperti seorang pembangkang...

"alaaa uwan ni...org mudo mesti la nak rock!!!" sambil menunjukkan simbol 'rock' ke uwan aku. (alaa...genggam tangan, pastu buka jari telunjuk, kelingking dgn ibu jari...nah, anda seorang yg rock sekarang)

Dengan nada sedikit geram, uwan aku membidas ala seorang pembidas dlm pertandingan 'mari berbahas'...

"kau buek la...dah memalam ni, bnyk antu2 bergayut-gayut ikut keto kau nanti..."

Aku terkesima mendengar ulasan uwan aku tu. membuatkan aku berpikir sebentar...

On the way dari K.Pilah ke KL, aku layan IKIM.fm je. sekali sekala dgr org ngaji Quran dgn ceramah agama sket2 apa la salahnya...terasa insap sket...

hmmm.....

Friday, June 5, 2009

Keliwon

Sape tgk keliwon mlm semalam, angkat tangan! (mukadimah mesra2) hmm...pedulik hape aku kalau kau tak tgk pun..
Siri keliwon yg ditayangkan pada mlm jumaat keliwon bisa membuatkan bulu tengkuk meremang-remang manja jika menontonnya sorang2. Tapi.....(ade plak tapi.....potong btul la....)

Mlm semalam, aku dah setting baaaik depan peti telibisen. Bantal dah standby dlm pelukan (bukan takut...saje nak feel lebih..). Pose dah maut, dgn badan mengiring ke kiri, kepala bertongkatkan tangan, punggung lentik sedikit biar seksi (walaupun sorang, pose mesti mau jaga). tepat jam 9.30, rancangan bermula. mata aku tepat ke arah skrin.. mlm ni kisah pasal PENANGGAL!! eeeeeiiiiii....takutnyeeeee....(ceh..loyo den..)

Setengah jam berlalu.. aku masih menonton. menanti babak2 seram yg bisa membuatkan towel aku terlucut. "sabar2...lepas ni seram kot..,"bisik hati kecilku yg comel... sampai satu babak. di mana 2 org makcik sedang menguruskan seorang perempuan bersalin. tiba2 didatangi oleh penanggal tersebut. lalu makcik2 tadi menjerit...

"hantu!!!".........dan terus pengsan.

Ya ampun...makcik2 ni pingsan atau purak2 pingsan sbb nampak hantu???. gila tak cool cara makcik2 tu pengsan. jerit "hantu", terus je pengsan. macam kartun la.. tp aku tak salahkan makcik2 sbb mereka ini hanyalah pelakon pembantu. pengarah dia tido ke masa shooting tu? takkan la tak bleh nak guide makcik2 tu bagi pengsan 'real' sket...ya ampun...

Sejurus melihat adegan kelakar makcik2 tadi yg hampir membuatkan gula2 hacks dlm mulult aku ni tersembur, aku lantas bangun, tutup peti tibi dan terus mandi.


Hampeh...tak seram langsung!!

Persona STi?

Macam best gak...

Menarik lagi tertarik...kau mmg da' bomb..

Siapa berani, cuba la buat...



PERSONA Sti

Wednesday, June 3, 2009

Diam

Hari tu.. aku bawak anak buah aku yg umur 3 thn pegi ronda2 bandaraya kolumpo yg tercinta. saja nak exposekan dia dgn life org kolumpo ni yg seakan-akan beruk2 hutan, supaya besar nanti dia tetap menjadi seorang manusia berguna yg mengamalkan 5 prinsip rukunegara macam aku ni.

On the way ke sana, anak buah aku tu dah tunjukkan sikit2 ciri2 org kolumpo ni. seminit pun tak bleh nak duduk diam. mati akal aku sekejap dlm kereta tu. tiba2, tanpa usul periksa, aku terus capai tali pinggang (bkan nak sebat dia...ni tali pinggang keledar laa) kat seat passanger tu, trus aku pasang kat badan dia....sambil berkata,

"kakak kene dok diam2 tau. paklong pasang ni, kakak tak boleh lasak2 tau.."

Anak buah aku tu angguk je. terus diam. menjadi jugak idea aku tu..hehe. sampai nak terlelap la dia sbb terlampau 'diam'.

Sampai kolumpo, aku lepak2 kat dataran. suka sgt anak buah aku tu dpt tgk 'beruk2' dgn 'monyet2' kolumpo ni. tak payah susah2 nak gi zoo. free je nak tgk monyet.

Agak2 ketiak dah berair, jalan pun dah tak bape nak cool, aku ajak anak buah aku tu blah. masuk je kereta, siap pasang aircond, pasang cd metallica, aku pasangkan tali pinggang kat anak buah aku tu. sampai plak turn aku nak pakai tali pinggang...

"alom (ganti diri utk paklong) pun nak dok diam2 ke?", tanya anak buah aku.

Tersentap otak aku bila dengar dia tanya mcm tu. tergamam selama 15 saat. agak2 dah cool balik, aku jawab balik..

"ha ah, paklong pun nak duduk diam2 mcm kakak.."

Aku sengih je sorang2.. terkena aku! On the way balik tu, taktik aku tadi dah tak menjadi. sbb dia tgk aku pakai tali pinggang, tapi tak duduk diam2. macamne aku nak diam, kalo diam, camne aku nak drive??

Masa dlm kereta, aku ajak dia sing along lagu metallica yg aku pasang. mana tau, kot2 dia bleh diam sambil layan metallica..



..anak2 buah aku. adik & kakak..

Tuesday, June 2, 2009

Brain Wash

Hmm...tiba2 aku rase 'down' giler....

camne nak melupakan seseorang? camne nak melupakan sesuatu peristiwa? camne nak meupakan sesuatu benda?

..aku masih teringatkan seseorang dlm satu peristiwa ketika dia memberikan sesuatu kepada aku..

~sambungkan wayar ke kepala. terminal positif di telinga kanan. terminal negatif di telinga kiri. alirkan arus elektrik 240kV menerusinya....

Bzzzzzzzzzztttttt......!!!!!


Hmm.....ape nak tulis tadi ek???

B.O.S.A.N II

Ptg tu, lepas balik sekolah, aku berpakat-pakat dgn adik2 aku nak tido petang sekejap sebelum keluar berbasikal mengelilingi dunia......kami. kira2 pukul 6 lebih skit, aku terjaga dgn penuh emosi dan excited, terus aku capai adik aku utk gerakkan bagi diorang bangun. tp, rupa2nya diorang telah *kabur terlebih dahulu. aku ternampak sekeping surat yg ditinggalkan utk aku....(tipu je..takde manenye adik aku time tu darjah 3 nak tulis surat kat aku). dlm kepisatan, aku mengomel-ngomel dan mencarut-carut 2, 3 kali sbb ditinggalkan dlm kepayahan oleh adik2 aku sendiri. tp tak mengapa, aku bisa sahaja menunggang ala 'lone ranger', berseorangan mengelilingi dunia.....aku sendiri.

Setelah lebih setengah jam berbasikal berseorangan tanpa ada awek2 comel bergentayangan di sekitar (hampeh...pakat period sama2 ke hape dorang ni), aku mula terasa sedikit bosan (ok, aku mengaku, mmg terasa bosan betul time tu..damn!!). entah pelesit mana yg berbisik kat telinga aku ketika itu, aku pun kurang pasti. dgn tak semena-mena, ketika menuruni bukit, aku terasa seperti hendak melakukan sesuatu yg luar biasa. "inilah masanya menunggang gaya bebas", kata hatiku. otakku seraya menghantar isyarat ke kaki utk melepaskan kayuhan lalu meletakkan kaki ke atas palang tengah basikalku. "belum cukup hebat..", kata hati kecilku sedikit angkuh. perlahan-lahan aku cuba membelenkan kedudukan basikalku...lantas terus melucutkan pegangan tangan ke atas handle basikal tersebut....dan tiba2............

Badanku nyaris2 bersepah kat tepi jalan. kaki dah terjulur menghadap ke longkang. ditanganku terpampang tompokan putih yg perlahan-lahan menjadi merah. mcm naga bentuknya. basikalku?? nun jauh kat seberang jalan (aku sempat tgk basikal tu buat summersault 3 kali seblum jatuh). di seberang jalan juga, aku terlihat beberapa org rekrut bertepuk tangan, mengekek-ngekek ibarat beruk kena belacan, menggelakkan aku dari dlm pagar berek bujang mereka (umah aku dulu dlm kawasan kem askar) "Bangang!", getus hatiku. sepantas kilat aku bangun lalu terhencut-hencut mendaki bukit di tepi jalan tersebut meneju ke rumah..

Sesampai di rumah, aku bersuara dgn nada tak puas hati.."ayah tak wat balancing ke basikal org tu??". setelah sesi bersoal jawab, akhirnya aku akur.....aku yg bersalah. sejurus itu aku terpaksa ikut ayah ke tempat kejadian utk mengambil bahan bukti (basikal aku). dgn muka merah tahan nangis (baru lepas kena maki dgn ayah), aku masukkan bahan bukti ke dalam but kereta ayah. 'monyet2' tadi masih lagi di tempat kejadian dgn tawa yg pasti melelehkan air mata mereka... "Bangang" utk sekian kalinya...


*kabur - cabut / lari / menghilangkan diri

B.O.S.A.N

B - bongok!!
O - otak udang!!
S - samdol!!
A - anjeng!!
N - nak mampos??!!

Kata orang, sarang tebuan jgn dijolok. inilah antara habuan yg bakal diterima jikalau sesiapa cuba2 menjolok mata aku dgn aksi2 luar tabii atau menjolok telinga aku dgn kata2 atau ayat2 budak SK Ulu Tembling mintak gaduh, ketika aku bosan tahap gaban z belah 18, watchaaa!!!

Monday, June 1, 2009

Ragut

Huh, puas aku fikirkan tajuk dgn mukadimah utk entri ni....tp akhirnya aku nak direct to the point je..
Dulu2, zaman atuk kita kecik2 dulu, bile sebut ragut, pasti akan terbayang lembu2 yg montel montok sedang meragut-ragut malu, rerumput nipis di padang hijau terbentang (mmm....nyaman je bunyinya..). tapi bila masa sekarang ni, pasti kita akan terbayang kes2 jenayah haram jadah p*****k l****u !@##$@#$#%#$ (hnnssss..hnnssss...terus rasa nak marah!!). bagi aku, lembu tu lagi mulia drpd peragut walaupun sama2 meragut. lembu meragut rumput supaya beliau kenyang. bila dah kenyang, esok boleh meragut lagi. bila meragut lagi, bleh jadi gemuk. bila dah gemuk, sampai masa, bleh sembelih. bila dah sembelih, barulah halal dimakan. bila dah halal dimakan, baru bleh dimasak rendang. bila dah dimakan rendang tu, baru lah kita kenyang. indah bukan? cuba bayangkan peragut pulak. peragut meragut beg tgn org supaya dia kenyang juga. bukan kenyang dgn makan, tp kenyang dgn dadah (kebanyakan peragut adalah penagih dadah). bila dan kenyang dgn dadah, dia jadi bangang, bila dah bangang, kacau anak dara abg usop. bila abg usop ligan dgn parang, lari tak cukup tanah. bila dah lari, haus plak. tp nak bli air duit takda. bila takda duit, diorang kembali meragut. bila dah meragut, diorang akan kenyang dgn dadah balik. jadi sampai bila2 pun tak habis. takkan tiba2 kita nak sembelih dia. bkan bleh buat rendang pastu makan. menyusahkan orang je..

Pada pendapat aku yg berpendapatan rendah ni, hukuman yg terbaik utk peragut ni ialah POTONG TANGAN. yeaa....kasi potong tgn itu!! potong tangan ni pun salah satu dpd hukum hudud ni. bila potong seblah tangan, mungkin dia akan insap. tp kalau tak insap juga, kita potong aje sebelah tangan lagi. ketika ini dia terpaksa insap bertobat walaupun tanpa tobat nasuha sbb dia dah tak bleh meragut lagi. nak meragut pakai ape? kaki? mulut? silap2 haribulan, dgn kaki sama lidah skali kena potong (potong lidah je...sbb takleh nak potong mulut). kalo meragut gak (letih la camni..) potong je leher tu. pasal ragut ni, dah berapa org yg tak bersalah jadi korban... renung-renungkan lah...



cakcibor - nak tgk gambo peragut? tgk kat SINI

Wednesday, May 27, 2009

Man U - Barcelona

aku takkan buat apa2 review atau apa2 ramalan berkenaan dgn perlawanan bola mlm ni antara Man U dan Barcelona. bukan bidang aku utk mendalami itu semua..

baru je sebentar tadi member aku tanya,

"ko tak tgk bola mlm ni?"

tiba2 je aku tersentak lalu bergegas-gegas menjawab.....

"ko ingat aku dah bosan dgn life aku sampai nak tgk bola?"

...GAMPANG! getusku dlm hati...

memang tak masuk dlm kamus hidup aku bab2 bola ni. bkannya aku tak pandai main. boleh saja kalo aku nak sepak bola tu...bkan susah pun. tp tak bermaksud aku tak pernah tgk perlawanan bola. yg paling last aku tgk, bilamana pasukan selangor dijodohkan dgn kelantan utk pusingan akhir piala malaysia yg lepas. aku TERPAKSA menonton kat tv bersama-sama adik2 dan ayahku...time tu mmg aku terasa....terasa sgt2...

aku terasa hidup aku kosong dan tak bermakna sbb takleh nak tgk channel lain. terpaksa tgk bola!! arrgghhhhh....bosaaannn!!!


cakcibor - dah la tgk piala malaysia....lagi takleh blah!!!

ada apa dengan jam

JAM. satu subjek yg berkait rapat dgn hidup kita hari2. ianya tak dpt lari dari dikaitkan dgn waktu/masa. sesetengah org tu harap jam je mahal2, besar2, tp tak reti nak hargai masa. asyik nak lewat je..
Tp, bg aku, jam tak semestinya harus dikaitkan dgn masa, bnyk juga benda2 berkaitan dgn jam tp masih mempengaruhi hidup aku hari2.

Berikut adalah jam2 yg mempengaruhi hidup aku:

- JAMban - ini yg paling penting. aku bkan org tak bertamadun nak tabur sesuka hati.

-JAMbatan - penting gak bagi aku. kalo manusia dulu2 tak terpikir nak wat jambatan, pasti skang ni setiap pulau atau kampung2 akan ada kilang kereta sendiri. sendiri buat, sendiri pakai. pegi kampung seberang, sewa kereta kat sana pulak. tak ke haru..

-JAMbul - mm...mcm tak berapa penting. sbb aku tak mementing jambul2 berbentuk 'S' utk nampak hebat. tp inilah fesyen rambut aku time skolah rendah dulu....botak potongan no.2 dgn sejemput jambul di depan. biasa la...anak askar...

-JAMbang - pun tak berapa penting. sbb aku ni tak berapa nak subur bab2 jambang ni. tp alangkah bagusnya jika aku mempunyai jambang2 halus mulus di muka. terasa sedikit macho dan boleh berangan jadi Wolverin dlm X-Men..

-JAMming - ini mmg penting. kalo ahli sukan tak bersukan, nescaya terasa lemah seluruh badannya. kalo olahragawan tak berolahraga, nescaya tak berstamina utk beraktiviti. mcm tu juga la bagi aku jika ahli muzik tak bermuzik..

-traffic JAM - benda ni pun penting. mmg aku tak boleh nak elak benda ni kalo hidup di kota metropolitan yg penuh dugaan ini. kalo aku cuba nak elak, pasti aku akan cuba hidup di hutan dgn monyet2 yg kadang2 lebih bertamadun dari manusia. sedangkan pekan Pilah pun jam bile time cuti raya..

JAM buah - aku cukup suka mende alah ni. paling suka kalo mak aku yg buat. tp mak aku buat jam nenas je sbb rajin buat tart nenas. time2 nak raya, berkilo-kilo la jam nenas yg mak aku buat sbb tart tu semua utk dijual...sape nak, bleh order ye!

Ini lah sebahagian JAM yg mempengaruhi kehidupan aku. mau JAM kepala otak aku kalo nak listkan semua. Tp, JAM tangan tidak menduduki senarai teratas dlm carta ini. seingat aku, dah berapa tahun aku tak pakai jam tangan. sbb boleh bagi alasan kalo masuk kerja lambat. sanggup aku lambatkan jam kereta sama jam henpon, bg membuktikan jam2 tersebut mempengaruhi kelewatan aku ke pejabat.

Tuesday, May 26, 2009

Orang Nogoghi ko ekau ni??

Di sini ada berita baik bg sesape yg rasa2 atau terasa mahupun merasa bahwasanya mereka adalah anak jati N9. Ia juga bagus bg sape2 yg bakal bermentuakan org N9 utk lebih mengenali pasangan N9 anda..

Baru tadi je...betul2 kjap tadi (tak sampai seminit yg lepas), aku telah berjaya membuktikan yg aku ni betul2 anak jati N9 (Umang aii....banggo botul ghaso eh..hehe) Pembuktian ini bukanlah melalui pengumpulan kotak Colgate bg bukti pembelian, mahupun pembelahan dada dgn kapak tajam yg lazimnya dikaitkan dgn pasangan bercinta, tetapi melalui satu quiz yg terbuka kepada org ramai. berapa ramai pun tak kisah sebab mmg terbuka kepada org ramai....tak kisah la berape ramai (apo bonde eh den merepek ni??)

Kuiz ini buleh didapati menerusi laman Bukumuka anda atau lebih dikenali sbg Facebook. Jgn risau, walaupun ia adalah bukumuka, tetapi ia tidak bermuka-muka malah ia juga bukan sebuah buku tetapi sebuah laman tp bkanlah...(ah pandai2 la korang bygkan...takkan facebook pun tak tau).

Kuiz yg diberi nama "Den tak cayo ekau oghang N9" seakan-akan mencabar kredibiliti seorang anak jati N9. Jadi, sedikit mengecewakan jika anda tidak dpt membuktikan anda seorang anak jati N9. Melalui pengalaman aku menjawab soalan2 tersebut, dpt disimpulkan bahwa soalan2nya berkisarkan tempat2 menarik di sekitar N9. Juga diselitkan beberapa soalan "tricky" yg pasti membuatkan anda menelefon mak atau uwan anda di kampung bg memastikan jawapan yg betul (thanks to omak den sbb bg jawapan utk soalan no.28). Kuiz ini mengandungi 35 soalan objektif dan tiada satu pun subjektif (tiada soalan pilihan utk kuiz ini).

Bagi anda yg betul2 ingin membuktikan kejatian anda, tidak perlu utk membuktikan kejantanan anda. Anda hanya perlu menjawab 35 soalan tersebut dan lihat hasilnya (tidak perlu tunggu 3 bulan utk lihat hasilnya). Kini, anda tidak perlu lagi menampal-nampal sticker negeri di plat number kereta utk membuktikan kejatian anda.
Renung-renungkan dan selamat mencoba!



cakcibor - dulu penah mengidam nak wat review soalan PMR..

Monday, May 25, 2009

kisah bentarang

Huhu...dlm masa sejam lebih, jejari aku yg halus tulus mulus ni dah mula gatal2 nak taip entri baru. Penangan Blog yg hebat...

Tapi aku bkan nak merepek pasal "Pengaruh Blog dlm kehidupan seharianku" atau pun "Betapa Hebatnya BLOGSPOT" mahupun mengenai kehebatan blog aku ni, tp sekadar meluahkan perasaan aku yg tak menentu ini..

"Pada saat dan ketika ini...." ah..persetankan intro yg seakan-akan buku diari budak darjah 6. aku just nak luahkan betapa laparnya aku skang ni. Dari jam 5 ptg td, perut aku belum menerima apa2 entri bentuk pepejal utk diproses, utk ditukarkan kepada bentuk tenaga.. ah, persetankan bentuk2nya. aku lapar ni...lapar gila!

Dijadualkan utk standby dari jam 4.30pm hingga 12.30pm, membuatkan aku hilang akal sekejap (bukan hilang ingatan k). Mata aku diarahkan utk mengadap window2 system utk memastikan tiada kecelaruan berlaku (kalo celaru, lantak korang la takleh wat call..haha)
Baru tadi, aku terhidu bau2an segar dari ladang yg bisa merangsang nafsu aku utk memasukkan sesuatu ke dlm rongga terbuka di tubuh ku....dgn erti kat yg lain, MAKAN! Entah sape plak yg bawak roti canai dlm opis ni....satu opis berbau. sedap siot! Tp, aku hanya mampu mengintai-intai, utk memastikan sape yg bwk. juga mengintai-intai peluang utk aku dijemput mkn sekali. tp....hampa..HAMPEH! bkan kata nak jemput mkn, jeling kat aku pun tak. Takpe2, aku ni seorang yg komited dgn kerja. aku bersabar je....

Dlm pada bersabar tu, aku layankan telinga aku mendengar berita2 TV yg aku sendiri tak nampak kat mana TV tu. Aku terdengar....BENTARANG. Bentarang?? apekah ia? yg aku pasti, otak aku terus memproses dan aku terus membayangkan ia adalah sejenis makanan, bkan mainan dlm kotak seperti Tora dan Ding Dang. Lantas, otak menghantar signal ke perut dan perut aku langsung mengadakan konsert ala2 woodstock. Siot! aku cuba bertahan. Seraya itu, aku terdengar omong2an kosong staff2 telekom dlm bilik ni. Ketika ini otak aku sedang memproses bermacam2 jenis data. aku hanya dpt menangkap perkataan MAKAN saja."Oo...dorang citer pasal mkn...". Otak aku terus2an menghantar signal ke perut utk merancakkan lagi konsert yg sedang berlangsung (konsert black metal gamaknya).....GAMPANG!!

GoBLOG!!!

Akhirnye......aku berBLOG!!! yeah..!!!

Entah camne aku bleh terjebak membikin blog ni, aku pun tak tau. Ntah setan mane yg membisik-bisik kat telinga aku ni pun, aku kurang pasti. Mungkin juga ini adalah salah satu contoh pengaruh rakan sebaya (hati2 dgn rakan sebaya anda!). Aku tak hisap rokok. Dadah jauh sekali. Tapi rerakan sebaya (dan baya2 adik aku) berjaya juga mempengaruhi aku. Ceiss!! Dajal sungguh mereka!!
..atau mungkin "blogging" ini sudah menjadi fesyen anak2 muda masa kini yg berkereta jenama negara. Lalu ia menjadi ikut-ikutan dan menjerumuskan aku ke kancah ini...



cakcibor - rase cam mengong pun ade....ngomel sorang2, pastu publish bg org bace! Hahahaha!