Friday, April 9, 2010

Bumblebee and Barricade - for sale

Custom painted TAKARA Transformers ROTF Deluxe BUMBLEBEE - RM150

..also got custom painted HASBRO Transformers ROTF Deluxe BARRICADE - RM80

Grab both for RM230 (nego)









Tuesday, March 16, 2010

Ketawa pengubat duka

Dari semalam.. aku angkat beban 3 tan..pikul kat belakang, sambil jalan keliling kampung.

..pagi tadi beban tu dah bertambah jd 5 tan. selepas berusaha gigih, akhirnya aku berjaya melepaskan beban tersebut..

Perghh...lega gila. lu org bayangkan, lepas angkat beban 5 tan, lepas tu lu org terus pekena 100+...mcm itu la gamaknye aku rasa.




Cakcibor - pekena 100+ saje, jgn pi pekena teh pulak.

Monday, March 15, 2010

Belajar sambil melawat

Hari ni aku mcm tidak berapa nak tenang. kucar-kacir dan huru-hara pulak rasanya. jadi, nekad ke muzium negara utk nak bersenang lenang. mcm boleh bg cool sket. muzium negara tak ramai org. lebih2 lagi waktu bekerja. melainkan pekerja muzium dan org malas bekerja sahaja.

Friday, March 12, 2010

Lawatan sambil belajar

Hari ini... cita2 utk berkunjung ke muzium negara, hancur musnah begitu saja. line tidak berapa clear utk berjalan terhincut-hincut ala pink panther, bagi meloloskan diri dari pihak atasan. angan2, utk singgah berjemaah di masjid negara juga. tapi apakan daya...

"takpa..takpa..", getus aku sendirian.."..esok lusa masih ada..he he hehe..", kata aku kepada diri sendiri sambil gelak2 seperti ada niat2 jahat.

Thursday, March 11, 2010

Pengalaman ketika banjir

Malam tadi... aku dengar bising2 kat luar rumah. aku pergi tinjau. rupa2nya, rasaksa lipas sedang bergelut-gelut dgn pakcik aku yg dah bertukar menjadi otromen. entah masa bila org tua tu jadi otromen pun, aku tak tahu. lampu kuasa pakcik aku dah berkelip-kelip. aku masuk rumah, ambil ridsect dan sembur ke kaki rasaksa lipas tersebut. beliau terus mati. aku masuk rumah, buat2 tak nampak pakcik aku. aku sambung tidur.

Tiba2, aku rasa kaki aku basah. aku tersentak (..ke, tersentap eh?) dari tidur. rupa2nya, air telah naik hingga ke paras buku lali dan buku2 sekolah anak buah aku. aku bingkas bangun lalu membantu ibu bapaku menyelamatkan barang2 perhiasan rumah yg mahal2. yg murah boleh beli yg lain nanti. terus, aku membantu org2 kampung pula. pakcik aku tidak dapat membantu kerana suit otromennya sudah basah. selesai semua, aku sambung tidur.

Selesai tidur, aku bangun seperti biasa. rupa2nya, aku hanya bermimpi sahaja...



Cakcibor - contoh karangan anti-climax yg paling dibenci oleh guru BM aku suatu ketika dahulu..

Wednesday, March 10, 2010

Balai Art Gallery Negara

Semalam.. boring2, lepas lunch aku pergi mengular menjadi ular. boring menjadi ular, aku jadi ulat gonggok. bosan menjadi ulat gonggok, aku jadi org balik.

Entah kenapa, aku tiba2 mengidam utk menikmati panorama muzium negara panama. mungkin warga panama menjanjikan panorama yg menarik utk dinikmati bersama hidangan teh petang2, sambil duduk bersilang kaki dengan spek mata hitam entah siapa punya pun tak tahu. tapi tiba2 juga keinginan aku berubah-ubah seperti pemboleh ubah bersandar, utk menikmati keindahan karya2 di balai seni lukis negara. Aku pergi bersama harris, hafiz, ah chong, muthu dan ahmad di mana ah chong, muthu dan ahmad adalah rakan imaginasi sahaja sebagai tanda 1 malaysia. Kami tidak berlari-lari anak ke sana walaupun berlari-lari anak sering dikaitkan dgn momen2 indah dan keterujaan di dalam filem. gila apa kami ingin berlari-lari anak dari shah alam ke sana? sedangkan kami memandu kereta berjenama negara, dgn sticker mcd ditampal di sebelah kiri cermin hadapan yg menjadi ikut-ikutan anak2 muda masa kini yg menari shuffle. kereta belum boleh terbang lagi, dan bangunan belum pelik2, tetapi anak2 muda masa kini sudah pandai menari shuffle.

Setibanya kami di sana, aku cuak tak tentu hala. habis awek2 yg melalu lintas, aku usha dgn selamba. cuak disebabkan kali pertama dtg ke balai seni lukis setelah bekerjaya...dan di dlm waktu kerja. entahkan kena bayar, entahkan kena beri salam dahulu. duit hanya tinggal 20 ringgit dlm poket. kena tiket 15 ringgit, mcm mana mahu ejas awek kaunter dengan baki hanya tinggal 5 ringgit? (contoh soalan matematik bermasalah utk tahap 1). nasib kami amat baik kerana hanya perlu tandatangan di dlm 'geust book' sahaja setelah awek2 kaunter usha daring kerana kami buat2 tidak nampak kepada mereka. ah chong, muthu dan ahmad telah lama meluru masuk kerana awek2 kaunter tidak dpt melihat mereka disebabkan mereka tidak berada di dlm imaginasi awek2 terbabit.

Masuk dlm, pusing2 usha lukisan, arca sama acar buah, kami keluar dgn selamba kerana tidak mahu kantoi bahawa kami telah mengusik lukisan2 tersebut walaupun terdapat tanda amaran DILARANG USIK!

Monday, March 8, 2010

Hi Guys~!

Huhu..agak busuk intro utk entri kali ni...

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku telah kembali, setelah mengecas bateri, utk menulis dlm blog ini. Lama tak update blog ni....pasal aku busy.. Aku busy berperang demi menegakkan keaman dan keadilan di dunia ini, keluhuran perlembagaan, dan kedaulatan undang-undang.

Lu org tak suke berperang?? pasal kecik2 dulu lu orang suke main guli same main kawin2.. aku kadang2 aje main cikgu2, tetapi tetap tidak meninggalkan arena peperangan. Sebabnya, aku rasa, aku dilahirkan utk jadi hero. Kalau aku tak dpt jadi hero, aku balik main cikgu2 dgn sepupu2 aku. Asyik nak perang saje, bila kala plak sepupu2 aku nak pandai kalo aku tak jd cikgu mereka kan??

Kalau dulu aku berperang menggunakan senjata dan teknologi tercanggih pada ketika itu; senapang kayu berkuasa getah lastik, dan buah terung belanda sbg peluru. Lu org ingat tak sakit ke? Pasal apa dpt nama terung belanda, lu org tahu ke?? Cuba tembak buntut org belanda, nnti baru tahu jawapanya.. Sekarang ni, zaman pun dah berubah, dah ada KLCC...tapi belum ada kereta terbang je..(tunggu 2020 nnti aku gerenti dah ada). Teknologi persenjataan kami pun dah berubah mengikut arus zaman yg menjanjikan kita kereta terbang, bangunan pelik2 dan budak2 shuffle dress up tak tentu hala. Aku cuba2 main PAINTBALL.. "..syok ada mariiii..", bak kata Harris. Konsep mcm perang pakai terung belanda, tp menggunakan kuasa gas mampat. Ini semua otak mat saleh punya idea..padahal org melayu pun boleh fikir mcm mana nak buat...cuma, malas saje. Peluru, menggunakan bola2 api, yg dahulunya kecil...dah menjadi besar... (damn..tu bola2 tahi!!). Secara jujurnya, menggunakan bebola minyak/lemak yg dikenali sbg 'pallet', yg akan pecah apabila daya hentaman berkadaran terus dgn daya bumi.

PAINTBALL dimainkan ala2 ashkar yg berkejaran mengejar penjahat di dlm hutan. Boleh juga dimainkan di dlm padang dgn belon2 berbentuk doraemon dan shin chan yg disusun di dlm padang (berjaga-jaga dgn belon2 bentuk shin chan...kadang kala ia akan mendedahkan lokasi anda yg sedang menyorok di bahagian punggungnya, kepada pihak musuh). Bila mana anda ditembak, peluru tersebut pecah dan meninggalkan tanda. Tanda tersebut bukan hanya lekat pada pakaian saja, malah pada kulit anda juga! ada juga segelintir kes, di mana ia meninggalkan tanda pada hati dan membawa kepada sakit hati dan dendam yg membara. "Baru la PAINball.." jerit si penembak sambil menunjukkan *ego nya..


Sekumpulan anak muda beraksi macho sebelum bermain paintball.
Masa main, pakat ramai2 dok belakang isap rokok.


*ego - ego si pemain / sejenis marker paintball yg mahal dan dikenali ramai.