Wednesday, March 10, 2010

Balai Art Gallery Negara

Semalam.. boring2, lepas lunch aku pergi mengular menjadi ular. boring menjadi ular, aku jadi ulat gonggok. bosan menjadi ulat gonggok, aku jadi org balik.

Entah kenapa, aku tiba2 mengidam utk menikmati panorama muzium negara panama. mungkin warga panama menjanjikan panorama yg menarik utk dinikmati bersama hidangan teh petang2, sambil duduk bersilang kaki dengan spek mata hitam entah siapa punya pun tak tahu. tapi tiba2 juga keinginan aku berubah-ubah seperti pemboleh ubah bersandar, utk menikmati keindahan karya2 di balai seni lukis negara. Aku pergi bersama harris, hafiz, ah chong, muthu dan ahmad di mana ah chong, muthu dan ahmad adalah rakan imaginasi sahaja sebagai tanda 1 malaysia. Kami tidak berlari-lari anak ke sana walaupun berlari-lari anak sering dikaitkan dgn momen2 indah dan keterujaan di dalam filem. gila apa kami ingin berlari-lari anak dari shah alam ke sana? sedangkan kami memandu kereta berjenama negara, dgn sticker mcd ditampal di sebelah kiri cermin hadapan yg menjadi ikut-ikutan anak2 muda masa kini yg menari shuffle. kereta belum boleh terbang lagi, dan bangunan belum pelik2, tetapi anak2 muda masa kini sudah pandai menari shuffle.

Setibanya kami di sana, aku cuak tak tentu hala. habis awek2 yg melalu lintas, aku usha dgn selamba. cuak disebabkan kali pertama dtg ke balai seni lukis setelah bekerjaya...dan di dlm waktu kerja. entahkan kena bayar, entahkan kena beri salam dahulu. duit hanya tinggal 20 ringgit dlm poket. kena tiket 15 ringgit, mcm mana mahu ejas awek kaunter dengan baki hanya tinggal 5 ringgit? (contoh soalan matematik bermasalah utk tahap 1). nasib kami amat baik kerana hanya perlu tandatangan di dlm 'geust book' sahaja setelah awek2 kaunter usha daring kerana kami buat2 tidak nampak kepada mereka. ah chong, muthu dan ahmad telah lama meluru masuk kerana awek2 kaunter tidak dpt melihat mereka disebabkan mereka tidak berada di dlm imaginasi awek2 terbabit.

Masuk dlm, pusing2 usha lukisan, arca sama acar buah, kami keluar dgn selamba kerana tidak mahu kantoi bahawa kami telah mengusik lukisan2 tersebut walaupun terdapat tanda amaran DILARANG USIK!

No comments:

Post a Comment