Thursday, March 11, 2010

Pengalaman ketika banjir

Malam tadi... aku dengar bising2 kat luar rumah. aku pergi tinjau. rupa2nya, rasaksa lipas sedang bergelut-gelut dgn pakcik aku yg dah bertukar menjadi otromen. entah masa bila org tua tu jadi otromen pun, aku tak tahu. lampu kuasa pakcik aku dah berkelip-kelip. aku masuk rumah, ambil ridsect dan sembur ke kaki rasaksa lipas tersebut. beliau terus mati. aku masuk rumah, buat2 tak nampak pakcik aku. aku sambung tidur.

Tiba2, aku rasa kaki aku basah. aku tersentak (..ke, tersentap eh?) dari tidur. rupa2nya, air telah naik hingga ke paras buku lali dan buku2 sekolah anak buah aku. aku bingkas bangun lalu membantu ibu bapaku menyelamatkan barang2 perhiasan rumah yg mahal2. yg murah boleh beli yg lain nanti. terus, aku membantu org2 kampung pula. pakcik aku tidak dapat membantu kerana suit otromennya sudah basah. selesai semua, aku sambung tidur.

Selesai tidur, aku bangun seperti biasa. rupa2nya, aku hanya bermimpi sahaja...



Cakcibor - contoh karangan anti-climax yg paling dibenci oleh guru BM aku suatu ketika dahulu..

1 comment:

  1. ahahahaha cem babi gak la karangan ko ni mut..hahahaha..ko buat lagi supaya aku bleh baca bila aku stress..hahahaha

    ReplyDelete