Thursday, June 18, 2009

Go.....wonderpets!!!

Pagi tadi... dlm kepisatan baru bgn tidur, aku melangkah ke dapur mencari secangkir air. dahaga... bagai dahagakan kasih sayang layaknya. dlm menyusun langkah, aku terpijak sesuatu yg keras2 lembut....dlm kelembutan ada kekerasan (selepas ini, sila bayangkan waktu bergerak perlahan). benda keras2 lembut itu mengeluarkan suara. ya...itulah Koni, kucing aku.. aku telah tidak tersengaja memijak rangkaian ekor beliau. marah sgt beliau terhadap aku. ketika ini aku lihat koni membuat pergerakan formasi berbentuk '8' dgn kelajuan 3x lebih pantas dari biasa (sakit sgt gamaknya..)

Usai saja dgn kerenahnya yg tak berapa nak senonoh itu, aku mempelawa beliau mandi bersama. beliau mengangguk malu. amat tidak cantik apabila beliau merenjiskan sedikit kencing tatkala air paip membasahi batang tubuhnya (sejuk amat gamaknya..). aku tetap bersabar. aku berjanji dgn beliau agar merahsiakan perkara tadi. ya...aku janji. setelah habis bersiram, kami pun keluar dari bilik yg basah itu kerana tidak sanggup di tangkap basah.

Aku keringkan badan beliau menggunakan towel wonderpets kesukaan beliau. seronok amat beliau diperlakukan begitu. Setelah kering, aku pupukkan sedikit bedak agar beliau wangi dan boleh pergi mengorat dgn konfiden awek2 di blakang blok 5 ujung sana. kembang kempis lubang hidung beliau pabila disaluti aroma lavender yg segar dari ladang. habis bergayalah beliau.

Setelah digayakan dgn beberapa aksesori bling2 di leher, aku mencapai sehelai tuala kecil, lantas diikatkan ke blakang badan beliau. terkebil-kebil beliau melihat aku tanpa tahu apakah tujuanku.

Aku letakkan beliau. aku capai vcd wonderpets kegemaran anak2 buah aku. aku mainkan vcd tersebut. dgn volume yg agak2 boleh memberanakkan gegendang telinga jiran sebelah, aku memainkan lagu tema wonderpets..

"Koni, mari ikut nyanyi bersama!", seru aku kepada beliau.

Aku gerak-gerakkan kaki tangan beliau mengikut rentak lagu tema vcd tersebut. dgn tuala kecil tadi berperanan sebagai mantel, aku lihat beliau persis salah satu watak dlm rancangan tersebut. malah lebih hebat dgn aksesori bling2 di leher dan haruman lavender. aku syak benar beliau pasti terpilih jika menyertai ujibakat mecari watak tambahan bg rancangan tersebut. dlm pada itu, aku perasan perubahan pada riak wajah beliau.. renungan beliau makin tajam...dan makin tajam..

ya...sudah pastinya aku mendapat gigitan sayang dari beliau..

"terima kasih koni", tegur aku kepada beliau.

Gigitan itu juga membuatkan aku sedar, bahwasanya aku telah terlewat ke pejabat (selepas ini, sila bayangkan waktu bergerak 15x lebih pantas dari biasa). aku mencapai apa yg patut. mandi. bersiap. dan tak lupa juga, aku 'ejas' semula jam henpon sama jam kereta aku bg memudahkan aku menyalahkan jam2 itu sekali lagi...

1 comment: