Tuesday, June 9, 2009

Gayour dan Selamanya

Baru jap tadi... aku melawat-lawat blog org. dlm lawatan tersebut, mata aku terpana kat satu nama yg cukup aku kagum suatu ketika dulu..GAYOUR. brader gayour ni mmg jadi idola aku dlm seni melukis suatu ketika dulu. walaupun brader ni tak berapa nak hensem dgn rambut kembang budget mcm slash tu, tp karya2 beliau tetap cool. lukis balak nak hensem je. lukis awek plak cun tak hengat. aku suka karya berliau. aku sempat menitipkan komen utk beliau dlm loghat bahasa ibunda kami...

Usai membuat komen, tiba2 aku terasa seakan ada makhluk halus meresapi tubuh aku. bulu roma aku tegak berdiri seperti menghormati lagu Negaraku. kedengaran bunyi sayup2 dari luar jendela...ooouuuuuuuu...~ angin yg sedari tadi berhembus perlahan mula bergerak pantas menghempas ke segenap dinding. paangggg!!! kedengaran seperti seseorang kena lempang. buuukk!!! kedengaran seperti seseorang kene tumbuk pula. aku memberanikan diri menjenguk ke luar jendela. tiada apa yg berlaku. aku mengabaikan saja perasaan itu. keadaan menjadi seperti sedia kala...

*************************

Apa yg aku rasa sebenarnya adalah... aku rasa tiba2 je mcm nak bercakap dlm loghat n9 selepas mengomen kat blog gayour tadi. rasa tak puas mengomen dlm loghat n9. rasa seperti ingin mencarut dlm loghat n9 pun ada juga...

Membaca blog gayour membuatkan perasaan aku membuak-buak utk kembali aktif dlm seni melukis seperti peserta2 rancangan Zon Aktif. tp nak melukis, kertas pun takde. pen hitam pun takde. adalah tidak berapa nak cool melukis dgn pen biru. ibarat menconteng buku sekolah. ibarat menconteng arang ke muka cikgu.

Akhirnya, aku akur...hanya menulis blog bagi melampiaskan nafsu...

Sekian, terima kasih.

5 comments:

  1. kalau kau Gayour...aku pula Aie...

    sentuhan Aie lebih lembut ghettow...hahaha

    anyway, awek2 Gayour lukis memang mantap!

    ReplyDelete
  2. sapa tak kenal gayour, pegi main jauh-jauh. syoh-syoh!

    ReplyDelete
  3. Nuts
    awek2 lukisan gayour mmg mantap2...sbb taste die same mcm aku..hehe

    bokbon
    bagi dua posen, baru leh dorang main jauh-jauh..

    ReplyDelete
  4. tak payah beria-ia nak melukih. lukih apo yang ekau suko. suko lukih ayam, lukih ayam, suko kambing, lukih kambing... apo yang ponting rasa SERONOK bila melukis. lukih pakai pensil kayupun tak apo. jangan pakai pen untuk menulih dakwat biru, hijau, merah blabla... dah. memang nak kono ghembat an kek paga ghoban kambing!

    boleh boli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR kalo nak lobih semangat!

    ReplyDelete
  5. tenkiu abg gayour!! yearrgghh!!

    ReplyDelete